BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, January 27, 2010

KENALI SIAPA WANITA

Dalam permodenan arus yang penuh dengan cabaran kini, wanita sudah jauh dari memenuhi ciri-ciri sebagai seorang muslimah. Namun demikian, kita juga masih dapat melihat wanita yang solehah, mukminah, suci, suka melakukan amalan-amalan jariah dan rajin beribadah kerana Allah swt. Hal ini kerana golongan wanita ini masih terjaga akhlaknyan disebabkan oleh mereka berorientasi dalam dua aliran yang keliru di mana antara satu sama lainnya bertentangan. Menurut profesror Yusuf Qardawi mengatakan dua aliran yang dimaksudkan ialah pertama aliran yang cenderung menyekat dan menutup jalan para wanita dan yang kedua pula ialah aliran yang membuka jalan yang selebar-lebarnya kepada wanita dan melepaskan kebebasan sehingga mereka berbuat sesukan hati dan taklid dengan tingkah laku wanita-wanita barat. Oleh itu, kedua-dua aliran ini mempamerkan kesalahan dan tidak mencerminkan akhlak islami. Yang satu terlalu mengongkong dan apabila dilepaskan ia akan memberi kebebasan kepada golongan wanita tersebut.

Dari sudut yang lain pula, Islam tidak melarang seorang gadis melihat tunangannya. Bahkan islam menganjurkan seorang lelaki melihat siapa gadis pinangannya itu. Rasulullah saw ada bersabda dalam diolog baginda dengan seorang pemuda.


Rasulullah saw bertanya : Apakah engkau sudah melihatnya? Pemuda itu menjawab : Tidak! Kemudia baginda berkata lagi :Llihatlah kepadanya, kerana ia dapat menghormanikan hidup kamu berdua.”


Apabila kita melihat kepada wanita zaman moden ini, ramai dari kalangan mereka berjiwa kebaratan. Ini kerana, pengaruh dari barat dengan pelbagai versi telah dibawa masuk ke dalam masyarakat timur yang asalnya dikenali dengan sifat sopan dan lemah lembut, mempunyai cirri-ciri yang baik dan sebagainya. Namun dek kerana arus kebaratan yang menular di dalam masyarakat timur, golongan ini telah terpincang dan ramai di kalangan anak-anak dan remaja terpesong akhlaknya. Sekiranya kita perhatikan, anak-anak gadis zaman sekarang, bukan lagi seperti gadis dahulu yang sering duduk dirumah dan tidak terlalu sosial. Banyak perbezaan yang dapat kita kelaskan di sini antara wanita dahulu dan wanita zaman kini.


Seperti yang dinyatakan, anak-anak gadis zaman sekarang tidak lagi mempunyai ciri-ciri kewanitaan yang baik kerana mereka ini telah dipengaruhi oleh perkembangan kemodenan negara. Ramai dalam kalangan gadis sekarang tidak mempunyai akhlak yang baik, serta tidak mempunyai keperibadian muslimah sebagaimana yang disebut dalam Al-Quran. mereka dipengaruhi dengan pelbagai unsur yang membawa mereka kepada kepincangan dan kerosakan. Tidak wujud lagi dalam diri wanita sekarang ini sikap atau sifat malu yang sememangnya menjadi fitrah dalam jiwa manusia. Oleh kerana terlalu mengikut hawa nafsu, maka sifat dan ciri-ciri perempuan sejati telah gugur dalam diri mereka.


Wanita sekarang boleh digolongkan dalam kumpulan yang mampu mencorakkan kehancuran kepada generasi akan datang. Ini kerana, mereka terlalu mengikut kehendak hawa nafsu dan menjadikan orang barat sebagai mereka kagumi. Selain itu, wanita kini terlalu taksub kepada kemewahan dan keseronokan dunia sehingga mereka mengabaikan kewajipan yang wajib mereka lakukan. Contohnya, apabila seseorang wanita cenderung dengan dunia hiburan,khususnya wanita yang semakin hari semakin ramai yang menceburkan diri dalam dunia hiburan tidak kira berlakon atau bernyanyi. Di sini kita sudah boleh melihat bahawa, betapa ramainya yang menjurus kearah kerosakan dan sedikit sahaja yang menceburkan diri dalam bidang dakwah ataupn keagamaan.


Berbanding pula dengan wanita zaman dahulu yang banyak menghabiskan masa bersama keluarga dan anak-anak. Kita telah mengetahui yang wanita dahulu sangat menitikberatkan soal maruah dan pegangan agama. Agama menjadi prinsip asas bagi mereka kerana sekiranya kita lalai dan terleka, kita akan dibawa arus kemodenan yang meliputi dugaan dan cabaran yang begitu kuat untuk kita tempuhi. Oleh sebab itu, wanita dahuli bersiap-siap dengan pegangan agama supaya mereka tidak terpengaruh dan berani untuk menghadapi cabaran akan datang. Di samping itu, wanita pada masa dahulu menjaga maruah mereka dengan menutup aurat, tidak berpasangan, dan tidak keluar pada waktu malam. Ini kerana, ibu bapa mengambil berat akan hal anak-anak terutama anak perempuan kerana bagi mereka anak perempuan susah untuk di jaga. Justeru, wanita dahulu telah di ajar, dididik dan diasuh dengan pendidikan jasmani, pendidikan akal dan pendidikan akhlak oleh kedua ibu bapa mereka supaya menjaga nama baik keluarga, maruah dan rumahtangga mereka dengan sebaiknya. dengan pegangan dan didikan agama yang kuat, mereka tidak akan berani atau terpengaruh dengan godaan hawa nafsu sendiri.

0 comments: